Panasnya Hari Ini

1MDB: SPRM Gagal Lucut Hak Wang RM100,000 Milik Kasitah Gaddam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal dalam usaha melucut hak wang RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan Bernama, ini berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, hari ini, menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita daripada akaun Kasitah di CIMB Bank Berhad adalah hasil daripada aktiviti haram.

Pada Jun tahun lalu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata permohonan perlucuthakan sivil difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");