Perak Hari Ini

2 Maut Tersepit Bawah Lori Simen

KAMUNTING: Sorang lelaki dewasa dan kanak-kanak yang menaiki motosikal maut tersepit di bawah sebuah lori simen pagi tadi di sini, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa Mohd Zubir Mohd Isa, 54 dan Muhammad Rayyan Danish Abdullah, 8 disahkan maut di tempat kejadian.

“Pasukan Bomba yang tiba di tempat kejadian bertindak menggunakan ‘air lifting bag’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar lori tersebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan telah diserahkan oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Operasi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah lori mengambil masa sekurang-kuranya 15 minit.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Mohd Azmi Ahmad Zainuddin tamat pada jam 12.25 tengah hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");