Perak Hari Ini

4 Kamera AWAS Akan Dipasang Di Kawasan Terowong Menora

IPOH- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menambah empat lagi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di kedua-dua arah di kawasan berhampiran Terowong Menora bagi meminimumkan kadar kemalangan di lokasi berkenaan.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pemasangan kamera berkenaan dijangka akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini.


“Akan datang kita akan memasang empat kamera iaitu dua di sebelah sini dan dua disebelah sana (Utara dan Selatan) di Terowong Monora kerana ini adalah tempat yang agak panas keadaannya yang mana sering berlaku kemalangan berat.

“Bagi pemantauan terowong, had laju yang dibenarkan adalah 70 kilometer sejam dan bagi kawasan lain kekal 110 kilometer sejam.

“Aspek teknikal dan spesifikasi pemasangan kini berada di fasa akhir bagi menentukan kesesuaian lokasi yang strategik dengan kerjasama antara JPJ dan PLUS.

“Pamasangan kamera adalah berdasarkan kepada kajian MIROS iaitu kesesuaian tempat dan telah mendapat kelulusan menteri berapa had lajunya kerana kita telah diarahkan supaya had laju lebuhraya 110 kilometer sejam tetapi di situ adalah 70 kilometer sejam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa mengadakan lawatan kerja ke Stesen Penguatkuasa Unit Pengkuatkuasaan Lebuhraya di Plaza Tol Lama Jelapang, di sini, hari ini.

Pusat kawalan berkenaan telah memulakan operasi pada 1 Julai 2020 yang bergungsi dalam mengawalseli segala aktiviti Unit Penguatkuasaan Lebuhraya (UPLR) melibatkan empat Zon.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah, Zamakhshari Hanipah dan Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah.

Beliau berharap dengan adanya pemasangan kamera tersebut, ia akan menjadi elemen pencegahan untuk sebarang ketidakketentuan pemanduan di kawasan terowong.

“Apa yang kita lihat, ia akan menjadi ‘focal point’ kepada orang ramai, kita akan monitor sepenuhnya dan pada masa kalau perlu kita akan buka jalan untuk menahan lori bagi menimbang muatan.

“JPJ juga sedang dalam rangka kerjasama bersama pihak PLUS bagi mengkaji perlaksanaan penguatkuasaan lebih muatan melalui kaedah ‘Weight In Motion’ (WIM) di Lebuhraya PLUS,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 18 kamera AWAS di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan manakala empat lagi akan ditambah di kawasan terowong yang akan menjadikan jumlah keseluhan sebanyak 22 kamera.

Mohd Yusof Abd Aziz

Sementara itu Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusof Abd Aziz berkata, dari segi data, pemasangan kamera ini jelas menunjukkan kadar kemalangan di kawasan kamera AWAS menurun.

“Boleh kurangkan, sebab kita memang kena ada sistem supaya sentiasa diperhatikan, merasa diperhatikan. Itu adalah pesepsi, orang nampak ada JPJ di sini dan ada kamera AWAS di sini, ada unit untuk menguatkuasakan, jadi dengan sendirinya orang akan berdisiplin.

“Lokasi bagi kamera AWAS juga adalah kawasan yang dipilih, kawasan yang sebenarnya dari segi rekod memang menunjukkan ia adalah kawasan ‘hotspot’ berlaku kemalangan yang banyak,” katanya.

Sepanjang tahun 2019, sebanyak 96 kali Ops Halangan telah dilaksanakan bersama pihak PLUS dan JSPT (PDRM) di beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya PLUS melibatkan Zon Utara, Tengah dan Selatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");