Berita Hari Ini

78 individu ingkar arahan PKP ditahan semalam

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 78 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seorang individu direman dan 35 individu dijamin, manakala 42 individu lagi dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan jarak sosial dan aktiviti melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Ismail Sabri Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM membuat 64,303 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKP Pemulihan .

Selain itu, Ismail Sabri berkata seramai 14 warga asing ditahan dalam Operasi Benteng dalam usaha pihak berkuasa mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin agar jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19 dapat dilakukan.

Dalam operasi itu, katanya, 67 sekatan jalan raya diadakan dan 40,495 kenderaan diperiksa bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong-lorong tikus.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, semalam sebanyak 934 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 membabitkan dari Jepun, Indonesia, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Singapura, Australia, Turki, Korea Selatan, India, Bangladesh dan Iran.

Daripada jumlah itu, beliau berkata hanya seorang individu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut manakala selebihnya diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");