Berita Hari Ini

Ahli Parlimen Guna Perkataan Rasis, Seksis Akan Kena Tindakan, Kata Speaker

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun hari ini memberi amaran tindakan akan diambil terhadap ahli Parlimen yang mengeluarkan perkataan berbaur perkauman atau seksis dalam dewan itu.

Katanya, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan pemimpin parti daripada PAS, Barisan Nasional, PPBM, GPS, PKR, DAP dan Warisan serta wakil bebas.

“Naib presiden parti memutuskan kata-kata kesat, seksis dan perkauman tidak boleh digunakan ahli Parlimen.

“Saya harap ahli Parlimen akan memberikan komitmen sama,” katanya pada permulaan sesi hari ini.

Azhar yang dilantik sebagai speaker minggu lalu berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen yang terus menggunakan perkataan itu memetik FMT.

Sesi Dewan Rakyat yang bermula 13 Julai dicemari kontroversi mengenai kenyataan Abdul Azeez Abdul Rahim (PN-Baling) yang menimbulkan kekecohan dengan mengatakan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) “gelap” dan “tak nampak”. Dia juga meminta Kasthuri “memakai bedak”.

Azeez, bagaimanapun meminta maaf keesokannya dan menarik balik kenyataannya, dengan mengatakan beliau menggunakan perkataan “gelap” untuk menggambarkan kawasan tempat duduk Kasthuri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");