Berita Hari Ini

Aidiladha Disambut 31 Julai Ini

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, demikian diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh 1 Zulhijjah 1441 Hijrah adalah pada 22 Julai 2020.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Jumaat, 31 Julai 2020,” katanya, lapor Harian Metro.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Aidiladha tahun ini disambut di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam normal baharu berikutan wabak Covid-19.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, sambutan Aidilfitri perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan menyaksikan warga kota tidak boleh balik kampung menyambut lebaran seperti kebiasaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");