Berita Hari Ini

Aidiladha disambut pada 31 Julai

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Jumaat, 31 Julai, kata Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman, dalam pengumuman malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 22 Julai 2020 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 31 Julai 2020,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");