Panasnya Hari Ini

Akar Umbi UMNO Tidak Setuju Muhyiddin Calon PM

KUALA LUMPUR – Akar umbi UMNO musykil dengan kenyataan sokongan parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Cawangan UMNO Medan Idaman, Mohd Rafi Awang Kechik berkata, mereka juga mempersoalkan, adakah keputusan sebesar itu dibuat dengan persetujuan secara konsesus Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO?

“Adakah UMNO ketandusan pemimpin untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri?

“UMNO dan Pas parti hebat, melahirkan pemimpin yang hebat. Takkan tak ada tokoh sebagai Perdana Menteri untuk PRU-15 sehingga terpaksa tunduk kepada parti yang hanya ada tujuh kerusi sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media melaporkan, UMNO dan Pas secara prinsipnya bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.

Kata beliau, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar.

Menurutnya, kalau Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dicalonkan, parti itu masih ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi pemimpin muda berpotensi.

“Kenapa secepat itu UMNO bersetuju? Saya melihat UMNO gagal membaca sandiwara Muhyiddin, gagal menelaah gerakan yang diaturnya termasuk dan bekas pemimpin UMNO yang lompat ke parti Bersatu.

“Mudah UMNO lupakan apa yang dilakukan mereka ini terhadap parti hingga hilang kerajaan pada PRU-14 dua tahun lalu, dengan Perdana Menteri sekarang masih menyimpan ‘dendam’.

“Sebab itu, kes wang UMNO sebanyak RM194 juta yang dirampas dan sudah dibebaskan, Pejabat Peguam Negara masih lagi hendak merayu keputusan,” katanya.

Mohd Rafi berkata, jika kes rayuan itu tersangkut dengan sendirinya UMNO mungkin diharamkan kerana kononnya menerima wang haram.

Bagaimanapun, ujarnya, ramai pimpinan UMNO tidak sedar, termasuk ada usaha untuk memastikan Orang Kena Tuduh (OKT) di kalangan Ahli Parlimen UMNO didapati bersalah termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, jika maklumat yang diterimanya itu benar, maka UMNO bakal berdepan dengan masalah, tetapi berharap dan berdoa ianya tidak benar.

Tegas beliau, tindakan UMNO itu akan berdepan dengan banyak risiko yang memungkinkan kemarahan ahli akar umbi. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");