Berita Hari Ini
Like

Akta Tangani Tuan Rumah Rasis Dibentang Di Parlimen Tahun Depan

July 31, 2020
237 Views
0 Comments
1 minute read
Akta Tangani Tuan Rumah Rasis Dibentang Di Parlimen Tahun Depan

AMPANG: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata satu undang-undang yang antara lain untuk menangani isu diskriminasi perkauman dalam pasaran hartanah akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.

Katanya, undang-undang yang dikenali sebagai Akta Sewaan Kediaman (RTA) itu masih digubal.

“Kami menjangkakan ia akan selesai akhir tahun ini. Menjelang awal tahun depan, kami akan bawa ke Parlimen,” katanya selepas menghadiri program sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan hari ini.

Januari lalu, Zuraida dilaporkan berkata, RTA akan membantu isu diskriminasi kaum susulan kejadian tuan ruah enggan menerima penyewa berlainan etnik lapor FMT.

Katanya, undang-undang baru itu akan mengikut akta sama di Scotland.

Sementara itu, Zuraida yang juga ahli Parlimen mengalu-alukan langkah PKR bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Ia susulan kenyataan Ketua Penerangan PKR, Mohd Akin pada Ahad lalu yang parti itu akan merampas kerusinya dan juga kerusi Gombak yang disandang bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali.

“Kita profesional, kita akan bertanding secara sihat,” katanya sambil menambah beliau bangga PKR memilih untuk mengadakan program penerangan mereka di kawasannya.

“Saya sangat mengalu-alukan mereka datang, kalau tidak mereka tidur dan lepas itu saya minta mereka jangan tertinggal kawasan mereka masing-masing.”

Zuraida dan Azmin dipecat PKR kerana bersama PPBM, PAS serta Barisan Nasional menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Mengenai perkembangan politik di Sabah, Zuraida berkata, mereka masih menunggu pengumuman rasmi gabenor yang Dewan Undangan Negeri sudah dibubarkan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.