Perak Hari Ini

Amanah Perak Ucap Takziah Kepada Keluarga Adun Slim

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang, petang tadi.

Perkara itu disampaikan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi dalam satu surat kenyataan yang dialamatkan kepada Badan Perhubungan UMNO Perak.

“Semoga keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi ujian ini.

“Doa daripada saya semoga Allah SWT mencucuri rahmah dan maghfirah serta menempatkan roh Allahyarham bersama para syuhada’ dan solihin,” katanya hari ini.

Allahyarham Mohd Khusairi, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, dilaporkan meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Allahyarham adalah bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu menang kerusi DUN Slim pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti 2,183 undi menentang calon PKR, Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zulfadli Zainal daripada PAS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");