Sukan Hari Ini

Arsenal Masih Impi Slot Liga Juara-Juara

Mikel Arteta sedar Arsenal perlu meraih penamat sempurna musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolves sekali gus menghidupkan peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad bimbingan Arteta berjaya melakar kemenangan ketiga hasil jaringan Bukayo Saka pada babak pertama serta gol lewat permainan Alexandre Lacazette di Molineux.

Gunners dilihat sukar untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan namun jika Manchester City yang kini menduduki tangga kedua liga tidak dibenarkan beraksi, kedudukan kelima sudah cukup untuk layak ke pentas elit Eropah itu.

“Anda tidak boleh melakukan kesilapan pada setiap perlawanan, kami menyedarinya dan atas sebab itu kami cuba untuk memenangi setiap perlawanan.

“Beri ruang untuk kami bergembira sedikit sebelum memikirkan mengenai Leicester pada perlawanan selepas ini. Kami akan cuba perbaiki prestasi sebagai sebuah pasukan.

“Ia mungkin salah satu daripada kemenangan yang terbaik kerana kami berdepan jadual yang padat.

“Meraih kemenangan bukan mudah untuk dilakukan dan saya gembira dengan prestasi setiap pemain,” katanya.

-AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");