Perak Hari Ini

Artis Melarat: Puncanya Sebab Royalti Tak Diurus Betul, Kata Ito

Isu artis yang hidup terepit, melarat atau merempat sepatutnya tidak timbul jika isu royalti dapat ditangani dengan cekap dan telus, kata Ito Mohd.

Bercakap kepada Malaysiakini, penyanyi Blues Gang itu memberitahu sejak sekian lama seniman di negara ini terbelenggu oleh kegagalan pihak yang berkenaan menguruskan royalti.

Misalnya, kata Ito, syarikat rakaman ketika ini tidak mengambil inisiatif membantu ketika mereka sepatutnya boleh berperanan lebih aktif.

“Syarikat-syarikat rakaman sepatutnya lebih melakukan inisiatif membantu tetapi sekarang nampaknya mereka senyap saja.

“Mereka mendapat royalti setiap tahun, bukan sikit tapi berjuta-juta, malah berpuluh juta,” katanya.

Penyanyi Apo Nak Dikato itu memang dikenali sejak sekian lama gigih memperjuangkan isu hak cipta seni dan selalu bersuara lantang mengkritik.

Pada masa sama dia dan beberapa aktivis lain ranggi berdepan dengan sindiket cetak rompak. Seorang daripadanya tokoh yang selalu menggerakkan kempen tersebut ialah pengarah filem, Nasir Jani.

Nasir sendiri pernah menghasilkan buku bertajuk Cetak Rompak Kepala Bapak.

Kata Ito sepatutnya selepas berpuluh tahun wujud industri muzik – dan cabang seni lain – boleh menguruskan hal mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada kerajaan.

“Masalahnya sekarang ialah isu cetak rompak masih berleluasa,” katanya.

Tambah Ito sepatutnya lebih banyak agensi pemungut royalti ditubuhkan bagi mengumpul hak seniman, dan bukannya terhad seperti sekarang.

“Kita kena faham walaupun tak ada lagu baru, royalti untuk lagu-lagu lama masih ‘jalan’ – saya nak orang tahu tentang benda ini.

“Mana cukup kalau M Nasir dengan Siti Nurhaliza saja yang kata sedangkan artis lain hidup susah,” katanya.

Justreru kata Ito perlu lebih ramai artis yang mahu bersuara dan memperjuangkan hak masing-masing mendapat royalti.

“Artis-artis kita tak sepatutnya menghadapi masalah ekonomi kalau royalti mereka diuruskan dengan baik. Duit daripada industri sepatutnya masuk balik ke industri.

“Sampai bila kita nak jadi macam ni?” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");