Berita Hari Ini

Asing Jantina Di Pawagam: Hormati Keputusan Terengganu

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan Terengganu untuk membuka ruang kepada sektor hiburan untuk beroperasi wajar diraikan dan disambut baik meskipun beberapa syarat diperkenalkan.

Memandangkan 95 peratus penduduk di negeri itu masyarakat Melayu yang beragama Islam sudah pasti sosio budayanya sedikit sebanyak berbeza berbanding negeri-negeri yang lain, kata Koordinator Pemuda Negara Terengganu, Dr. Ahmad Kusyairi Khalid.

“Apa yang lebih mustahak ialah kesediaan kerajaan negeri untuk membenarkan sektor hiburan beroperasi di negeri ini dengan beberapa garis panduan yang tertentu.

“Kerajaan negeri adalah merupakan kerajaan yang dipilih secara demokratik dan wajar diberikan ruang untuk mentadbir dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Kusyairi, peribahasa ‘lain padang lain belalang’ perlu dicerna dengan sebaiknya oleh semua pihak.

“Setiap negeri mempunya resam dan tatacara kehidupan yang berbeza. Sebarang dasar yang diperkenalkan harus mengambil kira keadaan sosio budaya setempat dan langkah pelaksanaanya haruslah secara berperingkat.

“Sementara kita mengakui bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi, kita juga percaya bahawa langkah sedemikian diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa
sebarang dasar yang diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan baik serta tidak terencat dan terhenti dipertengahan jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, walaupun banyak pandangan telah dilontarkan pelbagai pihak, perlaksanaan pembukaan pawagam itu haruslah kena pada kesesuaian penduduk setempat yang telah di kaji oleh kerajaan negeri.

Peluang juga harus diambil oleh pihak universiti tempatan khususnya Unisza dan UMT untuk mengkaji tentang impak positif dan kebaikan perlaksanaan dasar ini kepada rakyat negeri Terengganu di masa hadapan,”katanya.

“Hanya jauhari yang mengenal manikam. Apa yang pasti, kesediaan dan keterbukaan kerajaan negeri dalam perkara ini wajar disambut baik. Kita percaya Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri akan sedaya upaya memastikan bahawa Terengganu dapat terus membangun dan berdaya saing,” katanya.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");