Panasnya Hari Ini
Like

Azhar Harun Calon Speaker Parlimen, Azalina Timbalan

July 12, 2020
300 Views
0 Comments
1 minute read
Azhar Harun Calon Speaker Parlimen, Azalina Timbalan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengusulkan Datuk Azhar Azizan @ Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof pada persidangan Dewan Rakyat esok.

Menurut Astro Awani, berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020) yang dimuat naik di laman web rasmi Parlimen Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengusulkan perkara tersebut selepas meminta Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya.

Usul yang tersenarai dalam giliran dua dan tiga itu turut menyenaraikan usul supaya Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mengosongkan jawatannya selaku Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perdana Menteri juga akan mengusulkan nama Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai pengganti Kor Ming.

Semua usul tersebut dibuat dibawah Peraturan Mesyuarat 4(1) dan 6(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Selain itu, Perdana Menteri turut dijangka akan mengemukakan usul yang tersenarai dikedudukan keenam iaitu berkaitan pelantikani Ahli Jawatankuasa Pemilih.

Enam anggota yang dicadangkan kerajaan itu adalah Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komen & Pendapat

Comments are closed.