Perak Hari Ini

Bahan Mentah Bernilai RM780 ribu Ditukar Nama, Pemilik Kilang Dakwa Ditipu Syarikat Perkapalan

IPOH- Sebuah kilang plastik di sini mendakwa ditipu sebuah syarikat perkapalan apabila sebanyak 30 kontena milik mereka yang dimuatkan dengan bahan mentah plastik ditukar nama pemilik.

Ketua Biro Pengaduan & Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan (Ah Nan) mewakili pengarah syarikat berkenaan berkata, sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kilang plastik berkenaan telah membuat pembelian bahan mentah plastik asal dari Germany dengan sebuah syarikat di Hong Kong.

Katanya ekoran daripada PKP, kesemua kontainer yang dimuatkan dengan bahan mentah plastik dengan nilai sebanyak RM780 ribu tersebut terpaksa diletak sementara di situ.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula, pekilang plastik tersebut telah minta syarikat logistik menuntut 30 kontainer tersebut dan terkejut bahawa nama syarikat telah ditukar dalam senarai nama konsaini.

“Pekilang plastik itu terus hubungi syarikat Hong Kong dan mengenalpasti bahawa kedua-dua pihak mereka tidak pernah mohon buat penukaran konsaini tersebut, mereka mengesyaki ada pihak tertentu sengaja buat penukaran tersebut tanpa pengetahuan mereka supaya boleh ambil alih kesemua kontainer tersebut.

“Perkara ini telah melibatkan tiga buah negara, iaitu penjual bahan mentah di Hong Kong, pembekal di Germany dan pembeli pula di Malaysia,” katanya kepada media hari ini.

Bagaimanapun menurut Ah Nan, ketiga-tiga pihak berkenaan telah membuat laporan polis, email kepada Penguatkuasa Pelabuhan Klang dan menghantar surat kepada pihak Kastam supaya dapat menahan barangan tersebut daripada dikeluarkan.

“Pekilang telah melantik peguam dan menghantar surat kepada pihak kastam dan juga syarikat perkapalan supaya tidak membenarkan sesiapa pun yang menuntut 30 kontainer tersebut.

“Insiden ini cukup merosak imej negara kita dan ini juga akan membimbangkan pihak pekilang sama ada dalam atau luar negara yang ingin buat urusan export atau import barangan,” katanya.

Menurut beliau lagi, kilang berkenaan sudah beroperasi di Malaysia kira-kira setahun lebih dan tiada sebarang kes penipuan sebegitu pernah berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");