Perak Hari Ini

Baik Wanita Mahupun Lelaki, Laporkan Sahaja Jika Berhadapan Keganasan Rumah Tangga

IPOH- Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 merupakan akta perlindungan yang bukan sahaja tertakluk kepada keganasan terhadap wanita namun ianya juga melibatkan lelaki dalam segala aspek yang merangkumi aspek keganasan rumah tangga.

Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita  (JPW) Perak, S. Kavaramma, memang rata-rata kaum lelaki malu untuk tampil kehadapan dalam menangani permasalahan sebegini.


“Lumrahnya lelaki tidak akan membuat sebarang laporan dan tidak memaklumkan secara umum kepada orang lain, tetapi akta berkenaan melibatkan kedua-dua pihak.

“Kita tidak bias, kita tidak hanya menjaga wanita namun tidak ramai kaum lelaki yang membuat laporan berkenaan dengan keganasan terhadap mereka,” katanya.

Tegas beliau, sama ada lelaki atau wanita jika mereka berhadapan dengan perkara tersebut, mereka perlu datang kepada pihak JPW dan memaklumkan perkara berkenaan bagi mendapatkan khidmat kaunseling atau tindakan lain.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Majlis Pelancaran Kempen Kesesaran Keganasan Rumahtangga di Klinik Kesihatan Greentown, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Perak (PWPP), Datin Normah Hanum; Pengerusi Kelab Rotary Ipoh Selatan, Pathma Devi dan Past District Governor Rotary International District 3300 Malaysia, Siti Subaidah.


Menurut beliau lagi, rata-rata mangsa baik lelaki atau wanita akan menyembunyikan perkara ini kerana ianya melibatkan maruah keluarga.

“Secara statistik, sebab utama mangsa takut untuk membuat laporan adalah disebebkan keluarga sekeliling menyifatkan perkara ini sebagai masalah rumahtangga yang mana ianya tidak perlu diuar-uarkan kepada orang lain keana akan memalukan keluarga.

“Mangsa kemungkinan tidak berkerja dan terlalu bergantung kepada pemangsa di mana tiada sebarang sumber pendapatan menjadi sebab mangsa takut untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu menurut Pathma Devi, kempen berkenaan bagaimanapun akan dijalankan di semua daerah kesihatan bagi mempromosikan keganasan rumah tangga dalam kalangan luar bandar dan golongan B40.

“Bukan hanya memberikan risalah, namun kami juga akan memberikan ceramah terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan estet kerana mereka inilah yang memerlukan maklumat buat masa kini.

“Ramai yang tidak tahu mengenai prosesnya dan kita akan berkerjasama dengan pihak rukun tertangga bagi menjalankan program dan memperluaskan lagi kempen sebegini,” katanya.

Namun begitu, jika berhadapan dengan sebarang keganasan rumah tangga, mangsa perlu membuat laporan terlebih dahulu kepada pihak polis supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

“Jika tiada laporan polis, kita tidak dapat melakukan apa-apa namun dari segi kaunseling, kedua-dua suami isteri akan terlibat termasuk pihak JKM atau JPW.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");