Perak Hari Ini

Baiki Bangunan Baru, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Perak Perlu Dana RM120 Ribu

IPOH- Sebanyak RM120,000 masih diperlukan oleh Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Perak bagi membaik pulih seluruh bangunan yang dibeli mereka pada penghujung tahun 2018 setelah menyewa hampir 13 tahun di kawasan sekitar.

Pengerusinya, Idris Hashim berkata, pihaknya memilih lokasi yang sama iaitu di Medan Kidd kerana kebanyakkan dari ahlinya menggunakan pengangkutan awam untuk sampai ke lokasi mana di kawasan berkenaan lebih berhamoiran dengan stesen bas, teksi serta kereta api.


Katanya, bagunan baru tersebut dibeli dengan harga RM690,000 dan hasil wang terkumpul sebanyak RM176,000 digunakan, manakala baki dibantu oleh pihak ibu pejabat untuk mendapatkan bangunan ini.

“Sejak pertubuhan ini didaftarkan pada 1976 lalu, operasi pertubuhan dijalankan di bangunan sewa sahaja sehinggalah pada 2018, kita berjaya memiliki bangunan ini, RM176,000 daripada kos keseluruhan bangunan ditanggung oleh persatuan melalui duit terkumpul dan sumbangan orang ramai manakala bakinya dibiayai oleh pihak ibu pejabat.

“Bagaimanapun bangunan ini masih memerlukan kerja naik taraf yang banyak, duit tabung sebanyak RM40,000 sudah digunakan bagi kerja-kerja awal seperti mengecat, namun masih belum mencukupi,” katanya kepada media selepas menerima lawatan kerja Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria di sini, hari ini.



Menurut beliau, setakat ini terdapat seramai 160 ahli cacat penglihatan di negeri Perak serta lebih kurang 60 orang ahli bersekutu (orang yang nampak tetapi membantu) di mana hampir 20 ahlinya boleh mengurut namun ada di antara mereka yang berkerja sendiri seperti menjual tisu, busker malah ada yang berkerja sebagai guru.

Idris berkata , di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap tahun pihaknya akan menerima sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 untuk perbelanjaan operasi dan aktiviti, malahan turut menerima sumbangan dari Yayasan Sultan Azlan Shah.

Sementara itu menurut Razman, tujuan lawatan pada hari ini adalah untuk melihat apakah bantuan yang boleh diberikan dari pihak kerajaan negeri kepada pertubuhan berkenaan.

“Hasil tinjauan hari ini, terdapat kebocorang struktur atap yang perlu diperbaiki, jadi saya akan cuba bawa kontraktor untuk melihat berapa kos untuk mengganti atap dan sebagainya.

“Kemungkinan selebihnya perbelanjaan adalah untuk melengkapkan operasi ini bersama-sama dengan pihak arkitek untuk meringankan beban pertubuhan.

“Persatuan ini telah membeli bangunan sendiri dari tabungan sendiri dengan jumlah RM40 ribu dan ianya hampir habis. Kita juga menyeru orang ramai untuk membantu kumpulan ini.”

Sumbangan boleh di buat atas nama Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak di akaun CIMB (7631617123).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");