Perak Hari Ini

Bayi Dicampak Atas Bumbung Dilaporkan Stabil

IPOH- Seorang bayi lelaki yang ditemukan di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham pada Sabtu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, kes berkenaan masih lagi berada di bawah siasatan pihak polis.

“Kanak-kanak tersebut difahamkan berada dalam kesihatan yang baik dan masih berada di hospital dan di bawah siasatan pihak polis .

“Kes sebegini selepas selesai dan apabila keadaan kesihatannya telah baik, biasanya akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana JKM ada tempat untuk menempatkan bayi yang seperti ini,” katanya kepada media semasa mengadakan pereriksaan SOP di Taska Kinder Joy dan Pusat Jagaan Sri Joy, di sini, hari ini.

Katanya, bayi malang berkenaan dan juga ibunya juga masih berada di bawah jagaan pihak hospital dan masih dipantau oleh pihak polis serta JKM.

“Ibunya juga kita sedang pantau kesihatannya sebab kedua-duanya masih dalam keadaan lemah bukan sahaja kesihatan tetapi ibunya juga dari segi psikologi dan emosinya yang perlu kita pantau dan kita lihat perkembangannya.

“Kita akan kaunseling dan kita mendekati beliau (ibu bayi) kerana masih berada di bawah umur,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, bayi tersebut dicampak oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.

Bayi berkenaan juga dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");