Berita Hari Ini

Beku Pengambilan Pekerja Asing Punca Kekurangan Sarung Tangan Getah

KUALA LUMPUR – Wabak COVID-19 yang masih berlarutan di luar sempadan Malaysia, menyebabkan permintaan sarung tangan getah meningkat – sesuatu yang syarikat sarung tangan terbesar di dunia gembira mengenainya, tetapi tidak dalam keadaan kekurangan pekerja.

Bermula Mac lalu, Malaysia mengenakan sekatan perjalanan ke negara ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung COVID-19.

Walaupun sekatan dilonggarkan berikutan penurunan jumlah kes, kerajaan baru-baru ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing baharu hingga akhir tahun, sambil mendorong syarikat mengambil lebih ramai rakyat Malaysia bekerja.

Tetapi, pengerusi dan pengasas Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai, memberitahu Bernama untuk mengharapkan hanya kepada penduduk tempatan untuk mengisi kekosongan itu bukan sesuatu yang realistik, dan akan mengurangkan daya saing Malaysia.

Beliau berkata pihaknya telah mengupah 2,500 pekerja tempatan tahun lalu, sebahagian daripada 19,000 tenaga kerja syarikat di seluruh dunia

Di sebalik usaha menggaji pekerja, tenaga kerja ketika ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan sarung tangan, yang meningkat mendadak disebabkan COVID-19.

“Sebelum COVID-19, kapasiti kami sekitar 80 hingga 85 peratus. Sekarang ia mencecah lebih 100 peratus. Walaupun kita tambah kemampuan baharu, kita masih belum dapat memenuhi permintaan, permintaannya terlalu banyak,” katanya.

“Jadi kami berharap kerajaan akan buka (proses pengambilan pekerja) membolehkan kami mengisi kekurangan tenaga kerja. Diharapkan menjelang 1 Sept, selepas PKP berakhir.”

Menurut syarikat itu, sekarang tempoh masa untuk memenuhi pesanan sarung tangan lebih dari setahun – bermakna jika seseorang memesan sarung tangan hari ini, ia akan mengambil masa lebih setahun sebelum penghantaran tiba. Sebelum wabak melanda, tempoh masanya antara 10 hingga 60 hari.

Bernama cuba menghubungi Kementerian Sumber Manusia, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini.

Andy Hall, pekerja migran bebas Britain merangkap aktivis hak asasi buruh, terkejut kerana syarikat itu meminta kerajaan membenarkan lebih ramai pekerja asing masuk.

“Ia kerja yang susah, jadi tak ramai penduduk tempatan yang nak kerja di sana. Penduduk tempatan datang sekejap dan lepas itu tak datang lagi. (Pekerja asing) sanggup bekerja keras dengan upah yang sikit dan itu bukan perkara bagus,” katanya.

“Jika mereka mahukan lebih ramai pekerja bagus, tapi beri lebih banyak insentif dan perlindungan,” tambahnya.

Top Glove menjadi tumpuan berita, didakwa melanggar hak pekerja, termasuk yang terbaru oleh Channel 4, saluran berita televisyen di United Kingdom, mengatakan syarikat itu memaksa kerja berlebihan, memotong gaji secara tidak sah dan tidak beretika ketika mengupah pekerja.

Syarikat itu menyifatkan laporan Saluran 4 sebagai “tidak benar.” Beberapa syarikat sarung tangan getah lain di Malaysia turut tidak terlepas kritikan.

Ketika ditanya, Lim akui syarikatnya melakukan beberapa kesalahan dan syarikat dalam usaha memperbaikinya sebaik mungkin.

Tambah beliau, pekerja menerima gaji sekurang-kurangnya RM1,600, melebihi gaji minimum di Malaysia, diberi pampasan mengikut masa bekerja dan mengikut kekananan, dan sesuai dengan undang-undang buruh tempatan. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan kesihatan dan makanan percuma kepada pekerja mereka.

Hall mengakui syarikat itu sudah menunjukkan sedikit kemajuan dalam mengatasi beberapa masalah, tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Pematuhan sosial mereka semakin baik,” katanya, berdasarkan pengumuman syarikat yang akan membayar pampasan kepada pekerja mereka, sebagai contoh. “Tekanan yang diberikan nampaknya berhasil.”

Menurut laporan berita, Top Glove telah melabur berbilion ringgit untuk mengatasi kekurangan pekerja asing. Ia dijangka dapat menambah 42 lagi barisan pengeluaran kepada 700 yang sedia ada, menjelang akhir tahun ini. Namun, mustahil untuk mempercepat masa penghantaran kepada pelanggan buat masa ini.

Sarung tangan getah, lateks dan nitril terpakai digunakan dalam industri penjagaan kesihatan, makanan dan minuman dan sanitasi. Syarikat ini turut menghasilkan pelitup muka, kondom, ubat gigi dan produk kesihatan yang lain. Menurut syarikat itu, bahagian pasarannya ialah 26 peratus dan kapasiti tahunan sarung tangan 78.7 bilion.

Berikutan permintaan tinggi untuk kelengkapan perlindungan diri (PPE), merangkumi sarung tangan, di tengah-tengah penularan COVID-19, syarikat mencatatkan keuntungan sebanyak RM575 juta pada Mei. Pada Januari, sebelum bermulanya wabak, Top Glove diperdagangkan dengan harga di bawah RM5 di Bursa Malaysia, tetapi sejak itu ia melonjak melebihi RM20.

Nilai bersih keuntungan Lim dari US$1.2 bilion kepada US$4.4 bilion, menjadikannya jutawan ke-1,613 dalam Senarai Individu Paling Kaya Forbes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");