Perak Hari Ini

BERSATU Ada Kekuatan Sendiri – ARMADA Tanjung Malim

TANJUNG MALIM: Kenyataan Pemuda UMNO Perak yang menggambarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seolah-olah ibarat ‘di hujung tanduk’, tanpa bantuan UMNO dan PAS adalah sesuatu yang mengecewakan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Tanjung Malim, Azirul Syafiq Sazali berkata BERSATU tidak perlu bergantung dengan mana-mana parti, sebaliknya ia adalah ‘talian hayat’ kepada UMNO untuk membentuk kerajaan masa kini.

BACA: Hayat Politik BERSATU Memang Dihujung Tanduk, Pemuda UMNO Perak Bidas Kenyataan ‘Dangkal, Jumud’

Katanya BERSATU mempunyai kekuatan tersendiri untuk membentuk kerajaan sama ada daripada Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH).

Malah menurutnya kenyataan yang menggambarkan BERSATU sama seperti Semangat 46 adalah dangkal.

“BERSATU bukanlah sekadar parti serpihan UMNO, malah merupakan BERSATU adalah parti yang berjaya menumpaskan UMNO pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kenyataan Pemuda UMNO bahawa talian hayat BERSATU ibarat di hujung tanduk amatlah mengecewakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya walaupun UMNO sentiasa melaungkan konsep ‘penyatuan ummah’ namun apabila penyatuan itu berlaku UMNO seolah-olah ingin mengeruhkan keadaan.

“UMNO sentiasa melaungkan pentingnya konsep ‘penyatuan ummah’ terutama dari kalangan orang Melayu. Tetapi apabila penyatuan itu berlaku ianya seolah-olah ingin mengeruhkan penyatuan antara satu sama lain.

“PAS lebih bersifat matang untuk menjaga hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional kerana hubungan sesama parti amat penting bagi menghadapi Pilihanraya akan datang. Kenyataan yang mewujudkan perpecahan perlu dihentikan serta merta,” tambahnya lagi.

Justeru ujar Azirul Syafiq, sayap pemuda dalam parti komponen PN perlu segera mengadakan perbincangan yang lebih matang bagi menyelesaikan segala salah faham yang berlaku.

Katanya semua pihak memerlukan antara satu sama lain dan sekiranya tidak, tiada mana-mana parti yang mampu memenangi PRU apabila bergerak sendiri tanpa bantuan parti komponen lain.

“Segala kekusutan perlu diketepikan dan utamakan masalah rakyat serta fokus untuk menghadapi PRU yang akan berlaku pada bila-bila masa.

“Perbalahan antara satu sama lain hanya mengundang pandangan negatif rakyat terhadap kerajaan. Pemuda PN perlu bersama membantu Perdana Menteri yang merupakan Presiden BERSATU untuk mentadbir negara dengan lebih cemerlang,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");