Perak Hari Ini

‘Bertanding PRU? PUTRA Bersedialah Hilang Wang Deposit’ – PAS Perak

GOPENG: Hasrat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang mahu bertanding di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak dilihat sebagai satu ancaman buat PAS.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata ini kerana sekiranya gabungan Perikatan Nasional (PN) kekal sehingga PRU15, sokongan pengundi khususnya dalam kalangan Melayu akan memberi kelebihan buat PN.

“Parti terbesar Melayu di negara ini ialah PAS dan UMNO. Dan PAS pula akan bertanding di kawasan ramai pengundi Melayu.

“Sekiranya Muafakat Nasional atau PN ini kekal utuh sehingga PRU yang akan datang maknanya penyokong PAS dan UMNO sudah cukup untuk memenangkan kita di kawasan itu.

“Kita mengalu-alukan PUTRA untuk bertanding termasuk di kerusi PAS, tetapi bersedialah untuk hilang wang deposit,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu berkata PAS terbuka untuk menerima pencabar daripada mana-mana pihak semasa PRU kelak.

“Negara ini mengamalkan dasar demokrasi di mana sesiapa sahaja atau mana-mana parti boleh bertanding di mana-mana kawasan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pertandingan Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Kreatif Atas Talian Sekolah-sekolah Peringkat Negeri di SK Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Terdahulu akhbar tempatan melaporkan Naib Presiden PUTRA, Datuk Hamidah Osman berkata PUTRA sudah mengenal pasti lima kerusi Parlimen dan 10 DUN di Perak untuk diletakkan calon pada PRU-15.

Walau bagaimanapun beliau tidak mendedahkan secara terperinci perkara tersebut selain menyifatkan kawasan-kawasan yang akan ditandingi PUTRA itu berpotensi untuk menang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");