Berita Hari Ini

COVID-19: Afrika Selatan kembali jalani perintah berkurung

AFRIKA Selatan mengembalikan perintah berkurung pada waktu malam selepas kes jangkitan COVID-19 di negara tersebut meningkat secara mendadak, sekali gus berisiko melemahkan sistem kesihatan negara.

Perintah berkurung dari jam 9 malam hingga jam 4 pagi mulai Isnin juga membabitkan perberhentian penjualan alkohol, kata Presiden Cyril Ramaphosa.

“Ketika kita menuju ke puncak jangkitan, sangat penting kita tidak membebani klinik dan hospital dengan kecederaan yang berkaitan dengan alkohol.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk menjaga kemampuan hospital, maka penjualan, pengeluaran dan pengedaran alkohol akan ditangguhkan dengan segera,” kata Ramaphosa.

Pegawai Kesihatan Afrika Selatan sebelum ini memberi amaran kekurangan katil dan bekalan oksigen bagi merawat pesakit COVID19 akibat peningkatan kes.

Jumlah jangkitan sejak beberapa hari kebelakangan ini meningkat dengan sekurang-kurangnya 12,000 kes dicatatkan setiap hari, menjadikan sekitar 500 jangkitan setiap jam.

Afrika Selatan adalah negara yang paling teruk terjejas di benua ini dengan 276,242 kes direkodkan termasuk 4,079 kematian pada Ahad.

Kali pertama larangan penjualan minuman keras di Afrika Selatan dilaksanakan pada Mac sebelum ditarik balik pada 1 Jun.

Ramaphosa juga melarang kunjungan keluarga dan sosial bagi mengekang penularan COVID-19.-Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");