Berita Hari Ini

COVID-19: Arab Saudi Catat Lebih 2,000 Kes Baharu

RIYADH: Sebanyak 2,779 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi menjadikan kumulatif kes sebanyak 232,259 termasuk 62,898 kes yang sedang dirawat.

BH Online yang memetik Agensi melaporkan Menteri Kesihatan dalam kenyataan pada Ahad yang dilaporkan Saudi Press Agency, berkata daripada jumlah itu, 2,245 kes kritikal, manakala bakinya stabil.

Menurut kenyataan itu, 42 kematian baharu dilaporkan, menjadikan kumulatif kes kematian kepada 2,223 orang.

Sementara itu, 1,742 pulih dilaporkan, meningkat kepada 167,138 kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");