Perak Hari Ini

COVID-19: Dua Kes Positif Di Perak Dapat Jangkitan Luar Negara

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengesahkan terdapat kes positif wabak COVID-19 yang melibatkan dua orang warganegara tempatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, dua kes di daerah Kinta itu merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Dua orang warganegara Malaysia di daerah Kinta itu baru kembali dari luar negara. Kes mempunyai sejarah lawatan ke Brighton di England.

“Rapid Test Kit atau kit ujian pantas (RTK) Antigen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi kedua-dua kes adalah negatif dan telah menjalani kuarantin di rumah mereka di Kinta.

“Namun, ujian RTK Antibodi pada hari ke-13, pula didapati positif. Ujian pengesanan ‘Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction’ (RT-PCR) juga positif COVID-19,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, sehingga dilaporkan kedua-dua pesakit adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

“Kes terakhir COVID-19 jangkitan tempatan dikesan di Mukim Ulu Kinta pada 18 Jun lalu,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, dengan pertambahan dua kes tersebut, ia menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Perak sehingga hari ini adalah 260 kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");