Berita Hari Ini

Covid-19: M’sia setanding Korea, lebih 800,000 disampel

Seramai 868,394 individu telah disampel untuk Covid-19 di Malaysia setakat hari ini, iaitu bersamaan dengan 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan ujian di Malaysia adalah setanding dengan negara Korea Selatan iaitu 26.29 ujian bagi setiap 1,000 populasi.

Beliau berkata, negara jiran seperti Singapura pula mencatatkan 79.83 ujian bagi setiap 1,000 populasi; Vietnam (2.7 ujian) sementara Australia (114.15 ujian); New Zealand (87.54 ujian) dan Jepun (4.1 ujian).

Dalam pada itu katanya, data awal Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan, Malaysia menjalankan 1.57 juta ujian rt-PCR (Reverse Transcriptase – Polymerase Chain Reaction) dan RTK-Antigen, kerana terdapat individu yang memerlukan ujian ulangan.

“Kapasti makmal untuk persampelan di Malaysia bertambah sehingga 37,000 sampel sehari, namun kadar positif hanya 1.05 peratus. Ini bermakna hampir 99 peratus keputusan ujian Covid-19 yang telah dijalankan adalah negatif,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan terus mempergiatkan aktiviti survelan dalam memastikan kes di dalam komuniti terus dipantau, meskipun kes harian Covid-19 di Malaysia adalah rendah.

Menurutnya, secara kumulatif, kementerian itu telah melaporkan 129 kes Covid-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan klinikal.

Ia membabitkan persampelan Influenza Like Illness (ILI) yang mencatatkan 15 kes positif daripada 3,174 sampel; Severe Acute Respiratory Infection (85 kes daripada 21,544 sampel) dan prapembedahan (29 kes daripada 66,081 sampel).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");