Berita Hari Ini

Dikesan Jadi Kluster Baru, Rumah Warga Emas Kluang Ditutup Sementara

Kerajaan telah menutup sebuah rumah warga emas di Kluang, Johor buat sementara selepas satu kluster baru Covid-19 dikesan di sana semalam.

“Kita telah mengenakan penutupan secara pentadbiran (di rumah itu),” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail berkata, kerajaan tidak mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan itu memandangkan semua 13 individu yang disahkan positif Covid-19 pada masa ini tinggal di dalam rumah tersebut.

Katanya, penutupan pentadbiran akan membolehkan pekerja yang tinggal di luar terus ke pusat itu untuk menjaga warga emas di sana lapor MalaysiaKini.

“(Jika isytihar PKPD) kita terpaksa larang pekerja yang tinggal di luar daripada masuk. Kita benarkan mereka masuk tetapi akan jalankan ujian swab terhadap mereka.

“Bagaimanapun mungkin selepas ini, NGO dan orang awam yang sebelum ini (sering) adakan lawatan tidak dibenarkan masuk selama 14 hari, atau selama rumah jagaan itu ditutup,” katanya lagi.

Prosedur biasa seperti ujian saringan akan dilakukan kepada mereka yang tinggal dan bekerja di pusat itu, katanya lagi.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 13 kes di rumah warga emas itu, 11 adalah warga emas, seorang pekerja pusat itu dan seorang ahli keluarga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");