Perak Hari Ini

DJ Main Peranan Utama Nasihat Tetamu Patuhi SOP Ketika Majlis Perkahwinan

IPOH- Bakal pengantin dan perancang perkahwinan boleh menarik nafas lega selepas kerajaan meluluskan had maksimum peserta atau pengunjung iaitu mengikut kapasiti ruang bagi perlaksanaan sebarang majlis.

Bagaimanapun Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, semua pihak berkaitan perlu mematuhi syarat pematuhan penjarakan sosial sejauh satu meter.

Menurut seorang DJ (juruhebah majlis), Fairul Hazmi @ DJ Yoi, selepas penyelarasan berkenaan tiada sebarang perubahan bagi pihak DJ namun mereka adalah individu yang perlu sentiasa memaklumkan kepada jemputan tentang pematuhan SOP.

“Bagi penyelarasan terbaru yang telah diumumkan ini tugasan DJ atau emcee tidak banyak perubahan cuma sedikit penambahan iaitu lebih kerap dan peka untuk mengingatkan berkali-kali kepada para tetamu jemputan akan kepatuhan SOP

“Bagi saya, DJ dan ‘pa system’ menjadi sebahagian utama untuk mengadakan sebuah majlis atau acara supaya orang ramai akan terus beringat dan memastikan diri mereka sentiasa patuh akan SOP apabila di umumkan atau diberitahu semasa dalam tugasan DJ atau mengacarakan majlis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah belaiu, sepanjang majlis juga aktiviti karaoke akan tetap diteruskan namun mereka perlu sentiasakan memastikan tangan para tetamu dalam keadaan bersih

”Tidak dinafikan mamang menjadi kewajipan setiap majlis terutama majlis kenduri tidak meriah jika tiada sesi karaoke, pendapat sya pihak Pengusaha DJ atau pa system sendiri harus menyediakan hand sanitiser dan perlu cek suhu badan di bahagian konti DJ biar setiap tetamu yang nak berkaraoke berada dalam keadaan bersih semasa memegang ‘mic’ untuk berkaraoke.

“Kalau perlu DJ perlu juga menyediakan QR code mysejahtera bg setiap tetamu yg ingin berkaraoke,” katanya.

Kata seorang pemilik butik pengantin, Butik Noris, menurut beliau mulai bulan Julai tempahan yang dibuat oleh pelanggan mula meningkat melalui pakej baru namun mereka masih belum mengesahkan bilangan tetamu yang bakal hadir.

“Buat masa ini, mulai bulan Julai ramai pelanggan setuju menempah pakej baru cuma bagi katering masih belum disahkan untuk ambil berapa bagi jumlah tetamu dan akan tunggu sehingga 31 Ogos.

“Bila boleh laksanakan majlis secara terbuka dan tiada had tetamu, DJ (juruhebah) yang akan memainkan peranan untuk uar-uarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepatutnya dan akan dibantu oleh anggota Rela,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ada kalangan pelanggan yang membatalkan pakej-pakej besar namun tiada lagi wang deposit yang dikembalikan semula.

“Pelanggan ambil pakej mengikut deposit yang dibayar dahulu dan ada yang menunda mengikut tarikh yang sesuai,” katanya.

Seorang bakal pengantin, Fatin Nabilah Mohd Hadzri pula berkata, kelulusan ini memberi ruang kepada bakal pengantin merealisikan impian untuk memanggil lebih ramai jemputan.

“Pada pandangan saya, kita boleh merealisikan impian untuk memanggil lebih ramai jemputan dan dalam masa yang sama tak ramai antara rakan yang mungkin terasa hati kerana tidak menerima jemputan walaupun dalam suasana PKP.

“Walaubagaimanapun, ibu bapa cuma saya bercadang untuk tidak memanggil lebih ramai jemputan kerana ingin mengikuti nasihat kerajaan bagi mengekalkan jarak sosial antara jemputan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Wabak masih belum ada penghujungnya, jadi penjarakan sosial dan mengambil suhu badan jemputan adalah salah satu perkara penting semasa dalam sesuatu majlis sosial.

“Walaupun kita dalam keadaan gembira, kesihatan perlu dititikberatkan dalam mengekalkan langkah-langkah proaktif dalam mengekang wabak ini dari berulang kembali,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");