Panasnya Hari Ini

Dr M ‘Tiada Apa Boleh Ditawarkan’ Kepada Ahli Parlimen Berpaling Tadah

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad dan blok pembangkang perlu memfokuskan Pilihan Raya Umum ke-15, bukannya cuba mendapatkan sokongan mencukupi daripada ahli Parlimen untuk kembali berkuasa sebagai kerajaan persekutuan, kata 2 penganalisis politik.

Mereka berkata, lebih baik “hanya tunggu dan bersedia untuk pilihan raya mengejut” daripada bergantung kepada ahli Parlimen berpaling tadah.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kini lebih berkuasa.

“Saya melihat PM kini mempunyai kelebihan untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada ahli Parlimen pembangkang dan bukan sebaliknya, di mana Tun M mendapatkan sokongan daripada ahli Parlimen berpihak kepada PN.

“Tun tiada apa-apa untuk ditawarkan,” kata Azmi kepada FMT.

Semalam, Mahathir memberitahu wartawan di Langkawi yang pembangkang kekurangan sokongan beberapa ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Bekas perdana menteri itu berkata, hasrat pembangkang ialah merampas semula Putrajaya.

‘Rakyat takkan terima Dr M kali ke-3’

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, “tawaran” akan diberikan untuk menarik pihak lain melompat parti.

“Bagi saya, lebih baik tunggu PRU dan dapatkan mandat baru,” katanya sambil menambah pembangkang perlu bersatu jika mereka mahu mendapatkan kuasa semula.

“Mereka perlu ingat satu perkara – orang ramai tidak akan menerima beliau (Mahathir) buat kali ke-3 jika pembangkang menang.”

Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Februari lalu dan mencetuskan krisis politik lebih seminggu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Kemudiannya, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac dengan sokongan ahli Parlimen Umno, PAS, PPBM, GPS dan beberapa bekas pemimpin PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");