Sukan Hari Ini

Drop Shot: Sukar Cari Pengganti Lin Dan

Akhirnya jaguh China atau dilabel pemain terbaik sepanjang zaman, Lin Dan mengumumkan persaraan selepas 20 tahun mewarnai dunia badminton.

Melihat perkembangan pemain itu daripada usia muda, saya menganggapnya sebagai seorang juara sebenar dan pemain cukup istimewa.

Ini kerana sememangnya sukar untuk melakar rekod diraih Lin Dan termasuklah memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik serta lima kali muncul juara dunia.

Lebih-lebih lagi ketika zamannya itu dikelilingi pemain hebat seperti Datuk Lee Chong Wei, Taufik Hidayat dan Pete Gade.

Perseteruan Lin Dan-Chong Wei pula boleh dikatakan antara paling hebat dalam sejarah dunia badminton. Sehinggakan pada satu ketika, seolah-olah hanya mereka berdua sahaja mendominasi saingan antarabangsa.

Menariknya untuk Lin Dan-Chong Wei ialah mereka melalui pelbagai era seperti kiraan mata 15 dan 21. Bermakna mereka dapat menyesuaikan diri dengan segala situasi.

Persoalan kini adakah kita akan dapat menyaksikan perseteruan seperti Lin Dan-Chong Wei pada masa depan? Saya kira ia akan mengambil masa yang lama.

Sebab pada pandangan saya masih belum ada pemain yang benar-benar konsisten dan mempunyai tahap permainan setaraf Lin Dan mahupun Chong Wei.

Meskipun pemain seperti Kento Momota dilihat semakin menyinar ketika ini, namun untuk melihat suasana epik dua seteru utama beraksi seperti Lin Dan-Chong Wei agak sukar kerana persaingan acara perseorangan ketika ini agak terbuka memetik HMetro.

Pada usia semakin tua, sememamgnya cukup sesuai untuk Lin Dan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton. Walaupun kempunan tidak dapat melakukan penampilan terakhir di Olimpik Tokyo, saya fikir Lin Dan sudah boleh mengukir senyuman lebar atas pencapaiannya selama ini. Jumpa lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");