Panasnya Hari Ini
Like

DUN Sabah Dibubarkan – Mohd Shafie

July 30, 2020
243 Views
0 Comments
1 minute read
DUN Sabah Dibubarkan – Mohd Shafie

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Bernama melaporkan Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Katanya dalam tempoh 60 hari tersebut, beliau juga akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker).

“Pagi tadi saya bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin memperakukan untuk membubar DUN.

“Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih ‘care-taker’ dalam tempoh 60 hari. Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mari kita undi.

“Pilihan kena tepat sama ada pilih si (Tan Sri) Musa Aman, (Datuk Seri) Bung Moktar, (Datuk Seri) Hajiji atau Shafie Apdal,” katanya dalam sidang media tersebut.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.