Berita Hari Ini

Enam Lelaki Bersalah Bunuh Kevin Morais

KUALA LUMPUR: Enam lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemui disimen dalam tong dram, lima tahun lalu.

BH Online melaporkan Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati semua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka dituduh membunuh Kevin Morais ketika bekas Timbalan Pendakwa Raya itu dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");