Perak Hari Ini

Generasi Baharu FELDA Nikmati Kelonggaran Syarat Pinjaman – PM Muhyiddin

SUNGKAI: Warga generasi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang mahu memiliki rumah menerusi skim Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) akan menerima kelonggaran syarat pinjaman oleh Agrobank.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain itu Agrobank juga bersetuju untuk menawarkan kadar faedah yang lebih rendah kepda pemohon yang layak.

“Kadar pembiayaan juga lebih tinggi iaitu 110% dari harga rumah dengan nilai maksimum RM300,000.

“Satu memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani dengan pihak Agrobank untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada warga peneroka bagi memiliki rumah sendiri,” katanya.

Selain itu katanya kerajaan juga akan memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta bagi kerja-kerja menaik tataf dan menyelenggara jalan kebun peneroka di tanah-tanah rancangan FELDA seluruh negara.

Ujarnya pelaksaan projek itu dijangka akan meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil peneroka selain ianya dapat mengurangkan beban hutang peneroka selama ini yang terpaksa menanggung kos pembaikan jalan kebun.

“Di samping itu, bagi memelihara kebajikan pendidikan anak-anak peneroka, Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM45 juta bagi menaik taraf Asrama Semai Bakti FELDA di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Peneroka FELDA Ke-64 Peringkat Kebangsaan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) FELDA, Kampus Tun Abdul Razak di Trolak dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh serta Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Pada masa sama katanya FELDA dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengenal pasti 15 projek keusahawanan bernilai tinggi bagi dilaksanakan di kawasan tanah rancangan FELDA.

Kata Muhyiddin, kerjasama itu mensasarkan 3,170 usahawan baharu dalam tempoh lima bulan dengan menggunakan fasiliti di Fakulti Pertanian UPM.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Menangani Isu FELDA yang dipengerusikan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

“Pasukan ini sedang berusaha mengenal pasti kaedah terbaik untuk menjamin kelestarian kewangan FELDA yang akan memberi manfaat kepada seluruh warga peneroka.

“Pasukan ini akan membentangkan hasil laporan kepada saya dalam masa terdekat,” jelas Muhyiddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");