Berita Hari Ini

Hagia Sophia Dibuka Untuk Semua

ANKARA: Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin, semalam menjelaskan masjid ikonik, Hagia Sophia akan dibuka untuk semua dan mozek bersejarahnya yang berusia lebih 500 tahun dikekalkan.

Menurut BH Online yang memetik AFP, beliau memberitahu CNN, mozek berkenaan adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan Turki.

“Kami akan membuat beberapa penyusunan semula bagi memastikan ketika masyarakat Muslim solat, mozek berkenaan akan ditutup dan tidak disentuh,” katanya.

Kalin turut menekankan, masjid itu dibuka bagi semua masyarakat

termasuk Islam, Kristian, Buddha dan golongan atheis.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan Turki turut menjemput termasuk paderi yang masih bersedih selepas bangunan itu kembali dibuka sebagai masjid.

Katanya, penganut agama minoriti di Turki mendapat hak sama rata sebagaimana rakyat lain.

Sehubungan itu, katanya, reaksi mengenai penukaran Hagia Sophia dari sebuah muzium kepada masjid adalah berdasarkan andaian dan sifat prejudis sedangkan Turki memberikan kebebasan dalam soal agama.

Hagia Sophia kali pertama dibangunkan sebagai gereja ketika Empayar Rom Timur pada abad keenam tetapi diubah menjadi masjid selepas penaklukan Uthmaniyyah di Konstantinopel pada tahun 1453.-AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");