Berita Hari Ini

Hagia Sophia: Presiden Turki Dijangka Tunai Solat Jumaat Pertama

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dijangka menunaikan solat Jumaat yang pertama di Hagia Sophia sejak mercu tanda Istanbul itu ditukar semula menjadi masjid walaupun berdepan kecaman antarabangsa.

BH Online yang memetik AFP melaporkan pada 10 Julai lalu, mahkamah tertinggi Turki membatalkan status monumen enam abad itu sebagai muzium, sebelum Erdogan mengarahkan bangunan berkenaan dibuka semula sebagai tempat ibadat umat Islam.

Ia menimbulkan kemarahan komuniti Kristian, selain menegangkan lagi hubungan dengan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Greece.

Kira-kira 3.8 juta pelancong melawat Hagia Sophia pada tahun lalu.

Kelmarin, Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turki, Ali Erbas, memaklumkan bahawa 1,000 jemaah dijangka menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia yang akan didahului dengan bacaan al-Quran.

Media tempatan melaporkan, pemimpin serta pegawai dari beberapa negara majoriti Muslim, termasuk Qatar dan Azerbaijan, turut dijemput hadir.

Hampir 20,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di lokasi terbabit bagi memastikan solat pertama berlangsung tanpa sebarang insiden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");