Sukan Hari Ini

Isu Tukang Kebun, Khalid Jamlus Mohon Maaf

BEKAS pemain negara, Khalid Jamlus tampil memohon maaf di atas kenyataannya yang mungkin menguris hati sesetengah pihak.

Semalam, sejurus berakhirnya pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, bekas pemain Perak dan Selangor itu memandang remeh untuk melatih ‘budak-budak tukang kebun’ atau di peringkat pembangunan.

Reaksi itu terus mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan yang melabel Khalid seolah tidak menghormati jurulatih terutamanya di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, dia memohon maaf dan berkongsi kisah hidupnya yang pernah bekerja sebagai ‘runner’ di sebuah syarikat swasta.

“Kepada semua anda di sana yang pernah di sanjungi, tiba-tiba menjadi (sebahagian) kehidupan seperti saya, buat apa yang terbaik untuk melangsungkan kehidupan.

“Yang penting demi masa depan anda. Baiklah, aku cerita lagi pada anda selepas saya tamat menjadi jurulatih (penolong jurulatih) PDRM FA, saya bekerja menjadi ‘runner’ di APAD. Adakah saya belagak dan memilih kerja…tak…dan pernah bekerja sebagai kuli di satu syarikat kontraktor.

“Jadi mengenai pasal tukang kebun, kalau katakan itu kerja saya esok hari atau jadi pengawal keselamatan, saya (sanggup) kerja. Kalau itu kerja hakiki saya.

“Cuma ramai mempersoalkan, kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas, adakah itu pilihan terbaik.

“Cuma di sini (saya minta) jika ada peluang yang bersesuian dengan kebolehan saya je. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda,” katanya di laman Facebook rasmi miliknya.

Terdahulu, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya cukup mengejutkan ramai pihak sekali gus membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Ujar Khalid, dia mengharungi kehidupan yang perit dengan hartanya seperti rumah dan kereta hampir ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Meskipun memiliki lesen kejurulatih kelas B, dia mengakui agar sukar untuk mendapatkan pasukan termasuk pernah meminta bantuan daripada pihak tertentu seperti Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) dan pasukan Liga Malaysia namun semuanya hampa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");