Perak Hari Ini

Jadikan Hotel Sebagai Pusat Kuarantin Keputusan Negeri Masing-Masing

IPOH- Kerajaan memberi kebenaran kepada setiap negeri untuk memilih sama ada ingin menjadikan hotel sebagai sebagai pusat kuarantin atau tidak bagi mereka yang pulang dari luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, walaupun sektor pelancongan mula dibuka, terdapat negeri yang mahu melaksanakan perkara berkenaan ekoran daripada kekurangan kedatangan pelancong sepanjang Perintah Kawalan Pergelakan (PKP)

“Itu terpulang kepada negeri masing-masing, mereka ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19, ada juga negeri-negeri yang mahu oleh sebab kekurangan kedatangan pelancong sama ada dalam atau luar negeri. Hotel-hotel ini mahu melestarikan operasi mereka, jadi ini sebagai satu kesukarelaan.

“Itu sedikit sebanyak membantu Industri pelancongan hotel bagi memenuhi kekosongan yang telah hilang di mana telah diwujdukan tanpa kedatangan pelancong,” katanya kepada media selepas Sesi Libat Urus Di Antara SEPADU, TERAJU, Yayasan Peneraju Dan Agensi Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan (NGO) Serta Koperasi di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Kerajaan negeri Melaka tidak akan membenarkan hotel dijadikan pusat kuarantin Covid-19 bagi mengelak sektor pelancongan yang mana antara penyumbang utama ekonomi negeri tersebut akan terjejas.

Bagaimanapun katanya, jika ada pihak hotel yang menolak dari dijadikan sebagai pusat kuarantin, ianya bergantung kepada keputusan tersendiri.

“Kalau mereka berkehendaki ataupun membuat permohonan untuk menjadikan hotel itu sebagai pusat kuarantin maka kita sedia berbincang untuk pastikan mereka ini terus beroperasi.

“Ada hotel yang tidak mahu itu terpulang kepada mereka sebab kalau hotel tidak digunakan, dimana keputusan mereka tidak mahu melibatkan dengan kuarantin, maka itu perkata tersebut boleh melestarikan operasi mereka,” katanya.

Ujar beliau, di Melaka mungkin ada permintaan daripada persatuan hotel dan mereka tidak mahu menjadikan hotel mereka sebagai pusat kuarantin kerana terdapat ramai pelancong di negeri berkenaan.

Sementara itu ulas beliau, objektif Sesi Libat Urus yang ke empat diadakan pada hari ini adalah untuk meuar-uarkan dan menyebarluaskan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 agar semua lapisan masyarakat, khasnya rakyat Perak mengetahui dan menjiwai WKB.

“Sesi libat urus ini juga bagi memperkenalkan agensi dan penggerak yang akan bertanggungjawab dalam melaksanakan wawasan ini iaitu TERAJU, Yayasan Peneraju dan SEPADU yang baru ditubuhkan pada awal tahun 2020.

“Sesi ini juga merupakan persediaan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menerapkan iltizam WKM dalam program yang dilaksanakan menerusi agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan negeri seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");