Berita Hari Ini

Jawab soalan penuh tenang, tiada siapa berani ‘mencelah’ Dr Zulkifli

Persidangan Dewan Rakyat hari keempat menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab soalan pertama daripada Ahli Parlimen.

Persidangan itu dimulakan dengan memberi salam dan mukadimah dalam bahasa Arab sebelum menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai).

Menerusi sesi tersebut, Sabri bertanya mengenai komitmen penarafan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebagai guru tetap dan berpencen.

Dr Zulkifli menjawab, kerajaan komited dan prihatin terhadap guru KAFA yang sentiasa memberikan khidmat bakti sejak tiga dekad lalu.

“Oleh yang demikian, semua usaha ke arah memperkasa dan menaik taraf bagi guru KAFA akan dilaksana secara berperingkat.
“Justeru kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan melaksanakan pemerkasaan KAFA merangkumi beberapa perkara.
“Malah, elaun guru Kafa juga sudah dinaikkan sebanyak RM100, menjadi RM1,000 sebulan membabitkan 350 orang,” katanya dengan tenang.

Lebih ‘menyedapkan’ halwa telinga apabila sesi tersebut tidak menerima sebarang celahan daripada ahli Dewan Rakyat yang sinonim berlaku di Parlimen.

Rujuk minit 1:32:31

Terdahulu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi ‘mangsa’ ejekan dan diperlekehkan segelintir ahli politik yang lebih ‘senior’ sehingga tular di Twitter.

Sumber : KiniTV , Twitter

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");