Berita Hari Ini

KDN Haramkan Buku Hina Jata Negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri bertindak mengharamkan buku Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope  in New Malaysia berikutan paparan Jata Negara yang telah diubahsuai dalam keadaan menghina pada gambar hiasan kulit buku itu.

Pengharaman yang berkuatkuasa semalam itu terkandung dalam Warta Kerajaan bertajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020 yang membabitkan larangan secara mutlak terhadap buku berkenaan.

BH Online melaporkan perintah bertarikh 1 Julai 2020 itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang antara lain menamakan penyunting buku, Kean Wong dan penerbitnya, Strategic Information and Research Development Centre beralamat di Petaling Jaya.

Turut dinamakan dalam Warta Kerajaan itu, pencetak buku berkenaan, Vinlin Press Sdn Bhd, yang beralamat di Puchong.

Warta Kerajaan itu menyebut perintah itu dibuat melalui peruntukan mengikut subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] yang membolehkan Menteri membuat perintah berkenaan.

“Pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pekeliling, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan dalam jadual yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");