Membawang Hari Ini

Kedaifan Kehidupan To’Ki Bersama Isteri Dapat Perhatian Ebit Liew

Kemiskinan dan kehidupan daif yang dilalui penyanyi terkenal suatu ketika dulu To’ki bersama isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, mendapat perhatian umum.

Ia menjadi tular selepas tersebarnya beberapa keping gambar menunjukkan keuzuran rumah yang mereka duduki.

Malah kedaifan kedua-dua mereka turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Ebit dalam posting terbarunya di Facebook, meluahkan rasa sebak melihat keadaan To’ki dan isterinya yang sakit yang sakit tinggal di sebuah pondok kecil sejak setahun lalu.

Menurut Ebit, To’ki menyambut kedatangannya dengan pelukan yang kuat seperti mereka sudah lama mengenali satu sama lain.

“Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di FB berita ini. Saya terus ke sana. Sampai saja dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini.

Ebit Liew turut menyumbang peti ais dan mesin basuh untuk kegunaan To’Ki.

“Sekali sampai pondok ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki berkhidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya.

“Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz,” kata Ebit menerusi laman sosial miliknya.

Ebit turut berkongsi beberapa keping gambar keadaan rumah To’Ki dengan isterinya memetik FMT.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan Ebit membantu penyanyi lagu “Hampa” itu dipermudahkan.

Beginilah keadaan rumah To’Ki yang terletak di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor

Sebelum ini, kisah mengenai To’ki yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor bersama isterinya yang sakit menjadi perhatian umum.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun teratak kecil ini baginya saling tidak ubah seperti sebuah “syurga” buat dia dan isteri.

Dugaan berganda buat To’ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana tulang tulang pinggul akibat kemalangan 10 Jun lalu.

To’ki juga ada meluahkan hasrat untuk mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia menghadiahkan sebuah peti ais serta mesin basuh untuk pasangan tersebut.

Selain itu, difahamkan seorang individu yang dikenali sebagai Hamid dari Kulim, Kedah juga akan menyumbangkan kayu pain untuk membina sebuah rumah buat To’ki dan isteri.

“Insya-Allah saya akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai serta bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.

“Dari live kami tadi InsyaAllah Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");