Perak Hari Ini

‘Kenapa Ugut Mahu Bakar Rumah? Kami Tidak Ada Pinjam Wang’

IPOH: Beberapa individu yang didakwa daripada sebuah agensi pinjaman wang telah mengganggu seorang wanita sehingga pagar rumahnya dibakar pada awal bulan ini.

Dia yang mahu dikenali sebagai Ah Fong, 50, berkata kejadian itu merupakan gangguan kali ketiga sejak bulan lalu yang mana selain dibaling cat merah, tindakan membakar pagar itu merupakan sebagai ugutan mahu membakar rumahnya di sebuah taman perumahan, di sini.

“Pada 5 Jun, saya ada menerima satu panggilan yang meminta alamat rumah saya. Pemanggil itu mendakwa ada barang yang perlu dihantar daripada Singapura kepada saya.

“Saya menyangka barang tersebut daripada anak perempuan saya, lalu saya memberikan alamat rumah kepada pemanggil itu.

“Selepas itu saya menelefon anak saya untuk mengetahui tentang barang tersebut namun, anak saya berkata dia tidak ada menghantar sebarang pesanan barang kepada saya,” katanya.

Ah Fong mendakwa pada 12 Jun, rumahnya didatangi dua lelaki yang membaling cat merah ke rumahnya selain meninggalkan nota yang meminta agar anak saya menjelaskan bayaran hutang.

“Saya ada membuat laporan polis. Mereka mengesyaki kami terlibat dengan kegiatan ‘ah long’. Namun saya jelasnya bahawa anak saya tidak ada membuat sebarang pinjaman wang dengan mereka,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, di sini, hari ini.

Sementara itu, anaknya yang mahu dikenali sebagai Mala, 26, yang kini berada di Singapura turut tampil dalam sidang media sama melalui panggilan video secara langsung.

Dia yang bekerja sebagai operator mendakwa dia telah berurusan dengan sebuah agensi pinjaman wang yang beroperasi di negara itu secara atas talian pada 4 Jun lalu dengan tujuan mahu membuat pinjaman sebanyak dolar Singapura (S$) 10,000 bersamaan RM30,682.

Mala mendakwa pada keesokannya dia dihubungi seorang individu yang kenali sebagai ‘Jimmy’ menerusi aplikasi WhatsApp.

“Selain meminta segala dokumen peribadi saya. Dia turut meminta agar saya memberikan tiga nombor telefon kecemasan yang boleh dihubungi. Saya memberikan nombor telefon tunang saya di Singapura berserta emak dan adik saya di Malaysia,” dakwanya.

Dakwanya lagi, Jimmy telah memintanya bayaran pendahuluan 10 peratus daripada jumlah yang mahu dipinjam sebagai tujuan memproses bayaran.

Mala mendakwa selepas membuat pemindahan wang sebanyak S$1,100 kepada Jimmy, individu tersebut kemudiannya meminta bayaran tambahan sebanyak S$2,2000 atau bersamaan RM6,750.

“Saya mempersoalkan tindakannya itu. Kemudian saya menghubungi agensi pinjaman wang itu dan mereka mendakwa tiada individu bernama ‘Jimmy’ bekerja di agensi mereka,” dakwanya.

Dia juga mendakwa individu tersebut telah mengupah beberapa individu lain di Malaysia dengan tujuan mengganggu keluarganya.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati apabila mahu berurusan dengan agensi pinjaman wang.

Selain empat laporan polis telah dibuat, Mohd Rawi tidak menolak kemungkinan ia didalangi sindiket ‘scam’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");