Berita Hari Ini

Kerajaan kaji sanitasi bangunan awam tiap 6 bulan atau setahun

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang meneliti operasi sanitasi di bangunan awam setiap 6 bulan atau setahun sekali mengikut keperluan bagi membendung penularan Covid-19 dan wabak lain.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat diarah melawat serta memeriksa kawasan yang perlu disanitasi semula sebagai sebahagian daripada SOP dalam normal baru.

“Kita lihat trend peningkatan (Covid-19) yang tidaklah mendadak, jadi kita harus kawal (daripada bertambah buruk),” katanya selepas merasmikan Perpustakaan Pei You dan Program Kesedaran Cegah Kebakaran di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Salak Selatan hari ini.

Zuraida berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memainkan peranan untuk memastikan orang ramai mematuhi pemakaian topeng berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemakaian topeng diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos ini.

Katanya, orang ramai boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 jika gagal mematuhi peraturan baru itu.

Sementara itu, Zuraida berkata, pihaknya akan mengkaji semula pendekatan PBT menangani kes demam denggi, khasnya berhubung pembersihan dan penghapusan nyamuk aedes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");