Berita Hari Ini

Kerajaan Komited Dapatkan Semula Aset 1MDB – Tengku Zafrul

PUTRAJAYA: Mendapatkan semula aset 1MDB secara berkesan tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan Malaysia, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut laporan BH Online, untuk menzahirkan usaha itu, kerajaan katanya, sudah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi.

“Diketuai oleh Jabatan Peguam Negara, kerajaan juga sedang mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa, termasuk Goldman Sachs Group Inc.

“Minggu ini, perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan.

“Kerajaan berharap perbincangan ini akan membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Lebih penting, tambah Tengku Zafrul, adalah komitmen penuh kerajaan untuk memastikan pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.

Kerajaan, katanya, berusaha mengambil pelbagai tindakan dan langkah untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi Rakyat Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");