Berita Hari Ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Dijangka Bagi Keterangan Selasa Depan

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dijangka memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa depan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Kon Yeow ketika beliau tiba di hadapan bangunan Ibu Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, pada 12.15 tengah hari tadi.

Kon Yeow berkata, beliau dijadualkan oleh SPRM untuk memberi keterangan berhubung projek berkenaan pada Selasa depan tanpa mendedahkan apakah pertanyaan yang akan disoal.

Terdahulu, beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM negeri untuk memberi sokongan terhadap bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jeffrey Chew Gim Eam yang dibebaskan selepas tempoh tahanan reman tamat hari ini.

Difahamkan, Gim Eam yang juga bekas Timbalan Bendahari DAP itu dibebaskan tanpa syarat selepas menjalani reman selama empat hari.

Dalam perkembangan sama, bekas EXCO Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Datuk Lim Hock Seng masih lagi berada dalam pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

Semalam, bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) panas selepas SPRM kembali membuat ‘lawatan’ bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion itu.

Semalam juga Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan seramai 32 saksi tambahan sudah diambil keterangan dalam tempoh lima hari ini untuk melengkapkan siasatan projek terowong dasar laut itu, sementara antara 10 hingga 15 saksi akan dipanggil minggu hadapan memetik BH Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");