Berita Hari Ini

K’jaan lanjut diskaun bil elektrik 3 bulan lagi sehingga Dis

Kerajaan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik bagi semua pengguna domestik di seluruh negara selama tiga bulan lagi sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah, ini merupakan lanjutan daripada diskaun yang sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di bawah pakej rangsangan ekonomi Prihatin pada bulan Mac dan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) pada Jun.

Pemberian diskaun sebelum ini diumumkan untuk mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan bil elektrik ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac disebabkan wabak Covid-19.

“Dengan keputusan ini, seramai 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara 2 peratus hingga 50 peratus dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020 sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 20 Jun 2020.

 “Pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak 2 peratus sehingga 31 Disember 2020 yang akan memanfaatkan sekitar 520,000 pengguna di Sabah dan 580,000 pengguna di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Shamsul berkata, pelanjutan diskaun selama tiga bulan bagi pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia akan dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta.

Manakala diskaun bagi Sabah dan Sarawak pula akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Ini menjadikan kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember 2020 adalah berjumlah RM2.62 bilion.

Bulan lalu, Shamsul mengumumkan bahawa pengguna domestik di semenanjung Malaysia akan menikmati elektrik percuma dari bulan April hingga Jun sekiranya penggunaan elektrik mereka pada bulan tersebut di bawah 300kWh atau RM7.

Isi rumah dengan penggunaan elektrik yang lebih tinggi akan menerima diskaun RM77 daripada bil mereka setiap bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");