Berita Hari Ini

KKM: 10 kes baru Covid-19, tiada kematian

Sebanyak sepuluh kes baru positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes di Malaysia adalah sebanyak 8,658 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pada 76 kes, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baru yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia.

“Daripada tiga kes penularan di dalam negara, satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke penjara.

“Dua kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada hari ini.

Tiada kematian direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Noor Hisham menjelaskan, dua kes melibatkan rakyat Malaysia itu, satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM yang telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dan satu lagi kes di Sabah melibatkan kes saringan petugas kesihatan yang telah tamat bertugas di sebuah pusat kuarantin di Likas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");