Berita Hari Ini

Kluster Baharu Tidak Jejas Pembukaan Sempadan Malaysia-Singapura

JOHOR BAHRU – Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura tidak akan terjejas dengan kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang semalam.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan dan saringan kesihatan yang lebih ketat akan diperkenalkan apabila pintu sempadan Malaysia – Singapura dibuka kelak.

“Kerajaan negeri yakin usaha untuk membuka sempadan Johor-Singapura tidak akan terjejas dengan wujudnya kluster baharu ini.

“Apabila sempadan dibuka kelak, SOP yang lebih ketat akan digunakan kepada individu yang keluar dan masuk bagi kategori Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Pulai Mutiara secara Facebook Live Auditorium Permata Sari RTM Johor di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil.

Hasni berkata, bagi kategori rakyat yang bekerja harian ke Singapura, rundingan sedang giat dijalankan antara kedua-dua negara bagi membolehkan golongan tersebut dibenarkan melepasi sempadan memetik Sinar Harian.

“Dalam keadaan ekonomi yang masih tumbuh agar perlahan dan keadaan pengangguran yang meningkat, pembukaan pintu sempadan bagi mereka yang bekerja harian di Singapura dianggap penting.

“Langkah pembukaan sempadan juga akan merancakkan ekonomi Johor selain inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri serta Persekutuan,” katanya.

Sinar Harian pada 14 Julai lalu melaporkan kerajaan Malaysia dan Singapura telah mencapai persetujuan bersama untuk melaksanakan dua kategori Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) antara kedua-dua negara itu bermula 10 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan memaklumkan pelaksanaan itu dibuat bagi memenuhi keperluan pelbagai kumpulan pelancong rentas sempadan antara kedua-dua negara.

RGL akan membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara manakala PCA akan membolehkan penduduk yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan kerja di salah satu negara, memasuki negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");