Membawang Hari Ini
Like

Laudya Cynthia Bella Pasrah Pada Takdir, Mohon Didoakan Tabah

July 1, 2020
186 Views
0 Comments
1 minute read
Laudya Cynthia Bella Pasrah Pada Takdir, Mohon Didoakan Tabah

Pelakon Laudya Cynthia Bella, akhirnya menjawab spekulasi berhubung keretakan rumah tanggannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Laudya mengesahkan dia sudah bercerai dengan Engku Emran dan keputusan berkenaan dibuat secara baik oleh kedua-dua belah pihak.

“Berhubung teka-teki kisah rumah tangga saya, saya ingin jelaskan bahawa kami berdua sudah sepakat untuk berpisah secara baik,” kata Laudya dipetik Insertlive.

Bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu mengaku dia sudah berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan rumah tangganya dengan Engku Emran.

Namun, katanya, apakan daya, mereka tidak mampu melawan suratan takdir ditentukan Tuhan.

“Sudah pelbagai usaha kami lakukan, ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami sampai di sini saja dan sudah segala proses juga kami lalu, saat ini semuanya sudah selesai.

“Dua tahun dia menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.

“Insya-Allah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat boleh dijadikan bekalan untuk menjadi wanita lebih baik, amin,” katanya.

Laudya dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017. Pasangan itu tidak dikurniakan anak.

Pelakon yang juga terkenal melalui filem Di Bawah Lindungan Ka’abah itu berharap penjelasannya dapat menghuraikan segala spekulasi berhubung perceraiannya dengan Engku Emran sebelum ini.

“Saya harap mudah-mudahan dengan adanya penjelasan di saat ni, boleh menjawab segala pertanyaan. Saya mohon maaf jika ada kata-kata yang kurang menyenangkan.

“Saya perlukan sokongan dari teman-teman semua dan mohon doakan saya,” katanya memetik MalaysiaKini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.