Berita Hari Ini
Like

Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik

July 6, 2020
298 Views
0 Comments
1 minute read
Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik

Seorang lelaki warga tempatan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik, ketika membaiki lampu meja di rumahnya di Jalan Badik, Kampung Melayu dekat Kulai, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata mangsa berumur 39 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring kaku oleh isterinya pada 6 pagi.

Katanya pemeriksaan awal menemukan kesan lecur kehitaman di paha kiri mangsa, dipercayai akibat renjatan itu.

“Menurut isteri mangsa, suaminya membaiki lampu meja berseorangan, sebelum ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Beng Yeow, pemeriksaan oleh petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tempat kejadian mendapati renjatan elektrik itu berpunca daripada pendawaian dalaman pengguna dan tidak membabitkan pemasangan TNB.

Katanya, kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat. – BERNAMA

Komen & Pendapat

Comments are closed.