Berita Hari Ini

Mahkamah tolak permohonan Najib nak ke parlimen esok

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak supaya perbicaraan kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB berlangsung separuh hari esok.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian terhadap permohonan ahli parlimen Pekan yang meminta dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat sekitar jam 2 petang esok.

Terdahulu, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah telah memohon prosiding berlangsung separuh hari esok supaya tertuduh boleh hadir sidang parlimen untuk sesi soal jawab.

“Saya hargai beliau ada tugas untuk dilaksanakan, tetapi saya pun ada tugas untuk ditunaikan juga

“Kes ini akan bermula dari jam 9.30 pagi ke 4.30 petang esok,” kata Sequerah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");