Perak Hari Ini

MBI Garis Perancangan Capai Visi Bandar Raya Berkelas Dunia

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menggariskan beberapa perancangan bagi mencapai visi menjadikan bandar raya ini sebagai sebuah bandar raya berkelas dunia mengikut acuan sendiri.

Perancangan itu meliputi aspek ekonomi, pelancongan, pembangunan modal insan, kebajikan dan kelestarian alam sekitar.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata MBI akan bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bagi menjayakan Program Transformasi Kerjaya.

Katanya MBI akan membantu dalam penyediaan tempat atau lokasi yang bersesuaian bagi program tersebut.

“Bagi program ini pihak MBI akan menyediakan rancangan dan rangka kerja yang berkaitan dalam menggerakkan secara aktif berkaitan program dalam membantu warga Bandaraya Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan sempena 100 hari menjawat jawatan Datuk Bandar Ipoh, hari ini.

Sementara itu katanya beliau berazam untuk menjadikan Ipoh sebagai Kota Seni Budaya Warisan yang sebaris dengan kota terkemuka di seluruh dunia.

Jelasnya lagi beliau juga mahu menjadikan bandar raya ini sebagai sebuah bandar yang berpotensi dijadikan hab pengumpulan dan pengagihan makanan berasaskan bahan mentah, dari segi sektor pertanian dan pembuatan yang terbesar ke seluruh negara.

Pada masa sama, Rumaizi berkata MBI kini sedang berada di peringkat akhir pengemaskinian rangka tindakan dalam usaha membangunkan Ipoh sebagai Bandar Pintar 2030.

“Bagi mencapai hasrat tersebut, satu lagi sesi sumbang saran atau brainstorming terakhir telah diadakan pada Jun bersama agensi teknikal berkepentingan.

“Ia bagi mengenal pasti sasaran utama dalam penyediaan dan perlaksanaan domain utama bandar pintar yang selaras dengan ‘Malaysia Smart City Framework,” katanya.

Tambahnya lagi MBI kini sedang mengadakan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi penyediaan rangka tindakan dalam usaha menjadikan Ipoh sebagai Bandar Rendah Karbon pada tahun 2030.

Katanya rangka tindakan Ipoh Bandar Pintar 2030 dan Ipoh Bandar Rendah Karbon 2030 dijangka siap pada Ogos ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");